Selamat datang ke laman web kami!

Nota

Home
Tentang kami
Nota
Laman web lain

Berikut adalah sedikit sebanyak tantang Multimedia.
 

12.1 Apakah Multimedia?

 

Multimedia merujuk kepada perisian atau aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih daripada dua media; iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video. Mulitmedia yang berinteraktif ialah aplikasi multimedia yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui peranti input seperti papan kunci dan tetikus. Banyak multimedia yang berinteraktif membolehkan pengguna berinteraksi melalui aplikasi pada kadar sendiri dan memberi maklumbalas pada setiap peringkat.

 

12.2 Perisian, Perkakasan dan Aksesori Multimedia

 

Perisian, Perkakasan, Aksesori

Fungsi

Atribut/sifat

Contoh

Format Fail

Editor teks

Menghasil, menformat, menyunting, menyimpan teks

Mukataip, fon, saiz, warna

Microsoft Word, Notepad, Wordpad

.doc,

.txt

Editor grafik

Menghasil,melukis, mengimbas,

menyunting imej dan gambar

Kecerahan, saiz, warna, kontrast, resolusi

Paint, Adobe Photoshop, CorelDraw, AutoCad, Freehand, Illustrator

.bmp, .psd, .jpg, .gif, .tif, .wmf, .tga,

Editor animasi

Menghasilkan animasi

Pergerakan, saiz, warna, bentuk

Gif animator, Autodesk Animator, Macromedia Director, Flash

.gif, .dir,

Editor audio

Menghasil, menyunting, merekod audio

Kekuatan, kelangsingan

Sound recorder, Media Player, SoundForge, SoundEdit 16, CoolEdit, WaveStudio

.wav, .aif, .mid, .au, .mpg,

Editor Video

Menangkap, mendigitkan, menyunting video

 

QuickTime, Adobe Premiere, videoShop, MediaStudio Pro

.mov, .avi, .mpg,

Alat Pengarangan (Authoring Tool)

Menyunting, mengorganisasi, mengaturcara pelbagai media

 

HyperCard, ToolBook, Authorware, Macromedia Director, MediaForge

 

Kad Penangkap Video

Menghubungkan kamera video dan VCR ke komputer.

Menukar video dari bentuk analog ke bentuk digital

 

Digun bersama Adobe Premier untuk menangkap, menyunting video

.avi, .dvi, .mov, .mpg

Pengimbas (scanner)

Mengimbas dan menukar imej ke dalam bentuk digital

 

 

.jpg, .gif, .tif,

Kamera digital

Menangkap gambar dan simpan dalam bentuk digital

 

 

.jpg, .asf

Kad Suara

Merakam, main balik, mengimpot, mengekspot audio, dan sebagai pendigit audio

 

 

 

Pemaca CD-ROM/DVD

Merakam dan main balik audio dan video

 

 

 

 

 

12.3 Proses Pembangunan Multimedia

 

Proses

Penerangan

Menganalisis Masalah

-          mengenalpasti dan memahami masalah

-          menjalankan kajian ketersauran

Mengenalpasti dan merancang penyelesaian

-          mengkaji sistem yang ada pada masa sekarang

-          menentukan keperluan pengguna

       -      mencadangkan penyelesaiaan

Membangunkan papan cerita dan skrip

-          Satu papan cerita disusun atur mengikut urutan, skrin demi skrin

-          Setiap skrin lakaran mengandungi skrip, imej, bar navigasi, audio, video dan lain-lain spesifikasi

-           

Pengkodan

-          Proses sebenar untuk menghasilkan/mengumpulkan bahan-bahan multimedia

-          Mencantumkan semua media dengan menggunakan perisian pengarangan

Ujian dan Nyahpijatan

-          menguji program yang telah siap

-          membetulkan kesilapan dan memperbaiki program

Dokumentasi

- menghasilkan dokumentasi yang sesuai dan lengkap termasuk panduan pengguna

 

 

Penggunaan Multimedia Dalam Masyarakat

 

Aplikasi multimedia diguna dengan meluas dalam pelbagai bidang:

  1. perniagaan
  2. pendidikan dan latihan
  3. Perbankan
  4. penyebaran maklumat
  5. hiburan

 

Persembahan melalui aplikasi multimedia adalah lebih menarik dan berkesan.

 

Kegunaan multimedia dalam bidang perniagaan termasuk membuat persembahan, latihan kakitangan, pemasaran, mengiklankan hasil dan produk. Aplikasi multimedia juga menjadikan jual-beli melalui Internet lebih mudah.

 

Kegunaan bahan multimedia dalam pendidikan dan latihan membolehkan latihan dan pembelajaran dijalankan secar interaktif, mengikut kadar dan minat pelajar. Pelbagai aplikasi simulasi membolehkan latihan dan  penyelidikan yang bahaya dapat dijalankan dengan selamat tanpa melibatkan kos yang sangat tinggi.

 

Dalam perbankan, aplikasi multimedia membolehkan transaksi dijalankan dengan cepat, dan mudah melalui mesin ATM atau secara talian melalui Internet.

 

Kiosks maklumat kini ditempatkan di tempat awam seperti pusat membeli-belah, lapangan terbang, hotel untuk membolehkan orang ramai mencapai maklumat tentang perkhidmatan, produk, lokasi stempat, peta dan maklumat lain.

Permainan komputer yang berciri multimedia dan interaktif menjadikan suatu permainan realistik dan menarik. Pengunaan multimedia dalam  persekitaran “Virtual Reality” membolehkan seseorang mengalami suatu persekitaran secara maya. Dia dapat “memasuki” persekitaran tersebut untuk “melihat” dan mengalami sendiri persekitaran yang dikehendaki.

 

 

Rujukan

 

  1. “Multimedia: Making it Work, 4th Edition”, Tay Vaughan, Osborne McGraw-Hill, 1998
  2. “Director 6 and Lingo Authorized” Macromedia Press, 1997
  3. “Adobe Photoshop 4.0: Classroom in a Book”, Adobe Press, 1996
  4. “Discovering Computers 98”, Shelly G.B.; Cashman T.J.; Waggoner G.A., Shelly Cashman Series,1998

viceregaloregon@myway.com

Catherine Chin, Shirley Choo & Zoe Tan